Rabu, 2 Februari 2011

~Pengertian oRieNtaLisM~

Orientalism dari segi bahasa membawa maksud ilmu ke'Timur'an atau ilmu yang berkaitan dengan dunia Timur.

Orientalis menipu Umat islam dengan menggunakan pengertian ini untuk menggambarkan "orientalisme" sebagai penyinar dan penyeri alam ini. Mereka mendakwa  bahawa orientalisme telah membawa kemajuan kepada manusia setelah manusia diselubungi oleh kabus kegelapan beberapa kurun yang lalu. kabus kegelapan yang dimaksudkan oleh mereka ialah zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu.

Sebenarnya orientalis tertipu dengan dakyah mereka sendiri apabila fakta sejarah membuktikan bahawa kemajuan alam ini adalah kesinambungan daripada tamadun ilmu yang dihasilkan oleh cendiakawan Islam suatu masa dahulu.

Maksud Orientalis dari segi istilah pula secara umumnya ialah para ilmuwan Barat yang melakukan penyelidikan hadalajaran terhadap dunia Timur dalam semua aspek. Manakala maksud secara khususnya pula ialah penyelidikan dan pembelajaran orang-orang Barat terhadap dunia Timur islam dari segi bahasa, sastera, akidah, dan syariahnya.

Mengikut Dr. Ahmad Sa'di, istilah Orientalisme terdiri daripada dua perkataan iaitu oriental dan isme. oriental bermakna timur dan isme bermakna fahaman atau ajaran. Maka Orientalisme boleh diistilahkan sebagai fahaman atau ajaran yang besifat ke'Timur'an.

Manakala di dalam buku Gerakan Keagamaan dan Pemikiran yang diterbitkan oleh Lembaga pengajian dan Penelitian WAMY menyatakan bahawa Orientalisme adalah gelombang pemikiran yang mencerminkan pelbagai kajian ke'Timur'an yang berkaitan dengan Islam. Biasanya aspek yang menjadi kajian golongan ini adalah peradaban, anutan, budaya, sastera adat dan bahasa.

Kesimpulannya, golongan Orientalis merupakan pengkaji atau penyelidik yang bekerja untuk mencari dan mengkaji ilmu ke'Timur'an dari segi sejarah,tamadun,kedudukan hal ehwal sosial, politik dan ekonomi.

Berdasarkan pengertian yang diberikan kepada orientalisme.ulama Islam menyifatkan orientalisme sebagai satu gerakan untuk menutup pemikiran dan jiwa serta menghilangkan hak dan jebenaran keseluruhannya. Sementara itu,para orientalis menyifatkan Orientalism sebagai penyinar, pengembang dan pembangun kepada ketamadunan.

Hakikatnya, orientalisme merupakan satu gerakan yang dicipta oleh musuh-musuh Islam bagi mengaburi mata umat Islam untuk menguasai agama, negara dan umat Islam sendiri. dari dalam. maka orientalisme dijadikan loji pemprosesan maklumat untuk disalurkan kepada imperialis yang sentiasa merancang untuk menguasai negara-negara Islam.

1 ulasan:

  1. Its was good review, I had kind of trouble to understanding this awhile. Thanks, good luck, keep on going!

    BalasPadam