Khamis, 3 Februari 2011

~SejaRah PeRkembaNgan Orientalisme....

FAHAMAN Orientalisme dikenali dan diketahui pada akhir kurun ke-18M, apabila ia tersebar secara meluas di Britain pada tahun 1779. Manakala pada tahun 1799, fahaman Orientalisme telah tersebar di Negara Perancis. Menjelang tahun 1838, perkataan Orientalisme telah dimasukkan ke dalam kamus akademik Perancis.

Para Intelektual telah bersepakat bahawa pendita-pendita Yahudi dan rahib-rahib Kristian memainkan peranan utama dalam perkembangan gerakan ini. Selain itu, penjajahan juga merupakan faktor utama kemunculan gerakan ini. Justeru, kita dapat simpulkan bahawa faktor permusuhan dan kebencian mereka terhadap Islam dan penganutnya merupakan batu asas kepada kelahiran aqliyah Orientalisme.

Namun begitu, para intelektual masih lagi berselisih pendapat tentang tarikh sebenar timbulnya gerakan ini. Di bawah ini di nyatakan beberapa nota penting berkaitan sejarah perkembangan Orientalisme.

1.     Ia bermula pada kurun ke-7M apabila penganut kristian Timur seperti Yuhanna Addimasyiqi yang hidup pada tahun 676 hingga 749 telah menulis dua buah buku berkaitan Islam iaitu "Muhawarah ma'a Muslim" dan "Irsyadat Nasoro Fi Jidal Muslimin". beliau hidup pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dan menjadi Khadam di istana Umawi.

2.      Ia bermula pada kurun ke-10M apabila seorang rahib berbangsa Venizia bernama Gerbert De Oraliac ( 938 - 1003 ) telah berhijrah ke Andalusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan